Tuesday, 21 May 2013
2 tahun pemergian nenek
sudah 2 tahun nenek pergi meninggalkan saya dan keluarga
walaupun saya sudah ada pengarang jantung yang baru.dialah racun,dialah madu.dialah nyawa saya,
saya tak pernah melupakan nenek walau sehari.
kenangan bersama nenek sentiasa melekat dalam hati,dalam kepala, bersama-sama saya hingga akhir nafas saya.
saya sayangkan nenek sepenuh hati saya
dan skrang melihat mak yang menjadi nenek
saya tahu anak saya akan menyayangi mak sama macam mana saya menyayangi nenek.
cuma satu saya terkilan.
nenek tak dapat melihat pengarang jantung saya skrang.
mestilah nenek akan kata semnagatnya,gomuknya,bosarnya.saya even rindu pada suara nenek.
rindu sangat2.
Allah juga Maha Mengetahui.
Tempatkan roh nenek di sisi roh2 org mukmin.
semoga roh nenek aman d alam sana.
yang pasti satu hari nanti saya juga akan menyusul.
satu hari nanti Insya Allah...spt yg saya bisikkan pada telinga nenek semasa nenek baru je melepaskan hembusan nafas terakhir
"elin jumpa nenek di Akhirat nanti"
elin sayangkan nenek sangat2 nek.
Ahad lalu suami melawat kubur nenek.
Insya Allah raya nanti saya bawa pengarang jantung hati saya melawat kubur moyang.
Cucu nenek. 22 mei 2013.