Monday, 29 March 2010

minta maaf nenek

hari ni mcm da buat dosa
sebab secara tak sengaja da mcm marah nenek
tp bkn marah betul
marah tak puas hati

nenek.sory

nenek selalu marah2 bila saya ingatkan makan ubat and jgn baring je
saya tahu sy tegas sgt tapi sy tak nak nenek terus baring sedangkan nenek sihat

and ada cik minah ,bibik yang sgt menyakitkan hati
saya rasa dia mcm merampas nenek dari saya
dan nenek mcm lupa selama ni saya yang jaga nenek
bukan cik minah tuh!

saya sgt bencikan maid saya sekarang!
sebab dia sy da marah nenek.

saya letih sgt
dengan keje di opis
dengan kes yang banyak
dan dengan karenah orang yang makin hari makin bebankan kepala otak

dan akhirnya tertempias juga marah dan letih saya selama ni pada nenek
saya rasa sgt2 jahat

sampai saya menangis sorang2 satu malam ni
tergamak saya marah nenek

saya cakap dengan nenek
"elin nak duduk PD je nenek selalu marah2 elin,tak nak dgr cakap elin"

and nenek cakap saya yg ambik hati sgt.

lepas tu saya cakapp dgn nenek
saya bising sebab saya nak nenek sihat

nenek tak abis2 cakap cik minah tahu kasi dia makan ubat
yang mana ayat tuh buat saya sgt geram

terus saya jawab
"elin yang jaga nenek selami ni,bukan dia"

lepas tuh saya keluar bilik dan nangis sambil menaip ni

saya betul2 bukan sempurna.


saya betul2 bersalah pada nenek.

nenek.sory.elin da cuba kawal diri,tapi terkeluar juga.
betul2 minta maaf.
harap nenek maafkan dan Tuhan maafkan juga.

tolong buatkan saya untuk lebih menghargai nenek dengan sisa waktu yang ada ni.

Thursday, 25 March 2010

nenek minta pizza

hari ni before pergi keje
mcm biasa akan tanya nenek
"nak apa nek?"

nek jawab
"nak roti yang ada rasa manis masam"

mcdonald ke nek?

bukan

kfc ke?

bukan.

Piza

aha.piza.

so ptg ni da belikan nenek 2 pizza tuna ( sebab nek tak makan ayam xcept ayam kg )
jadi nnek makan dengan berselera

mak pun da sihat
mak om punya bengkak pun da surut
semua org pun sakit tapi nenek paling sihat
thank u nenek

da 3 minggu d seremban jadi ada byk masa dengan nenek waktu ptg
da boleh bawa nenek tgk ikan dalam kolam
nenek pun suka sgt

jadi ptg2 skrang nenek da ada xtvt
tak la baring lagi

saya akan fokus pada nenek sahaja
perkara lain dah tak akan pikirkan lagi

nenek sayangkan saya dan saya sygkan nenek
masa yang ada ni akan dihargai betul2 dengan nenek
cukupla tu

saya dengan nenek da buat saya cukup bahagia dan melapangkan dada

i love u nenek

Sunday, 21 March 2010

minggu korea dengan nenek


adik da balik pahang
dia da angkut sekali usb kamera,jadi tak ada gamba.

minggu lepas adalah minggu korea agaknye dengan nenek
tiap2 malam tgk all about eve sampai nenek da marah2 bosan

sebelum pasang tuh mmg da janji pd diri 'kene control ni'
tapi lepas tgk JDG n chae rim mmg takleh tak angau dengan drama ni

drama ni tahun 2000
lama da
tayang kat msia pas winter sonata and yg lain2 da meletup
tapi citer tu rank tinggi d msia
tapi saya tak tgk pun

mas tuh tak follow sgt korea sampaila tgk full house
tapi 2003-2004 mcm tuh si Zul da promo giler2 cakap all about eve best sampai kakak and mak dia suka sgt. ana pun ada bgtau juga. rasanya ana ada tgk masa kami d pre law kedah,tapi saya mmg malas sgt nak turun lobi tgk tv sebab kena pakai tudung.jadi mmg akan lepak dalam bilik sahaja.

and akhirnya 2006 mak saya request sendiri utk saya beli vcd ni
mak saya kata drama korea ni sgt best sebab hero dia 'lawa' ( org minang mmg gunakan term ni instead 'kacak' 'hensem')
apalagi,order dengan aifa uia harga rm15 shaja(cetak rompak)
tapi tahun 2007 baru tgk
and gila habisss dengan AAE!
kebetulan JDG ada promo filem typhoon di malaysia
apalagi nak stalker la kan
tapi zaman tuh tak ada gang stalk artis korea taiwan lagi, masa tuh zaman stalk angkasawan je tak silap.so mmg saya tak pegi, and kebetulan,JDG pun tak jadi ke malaysia atas sebab2 tertentu.
nantila oneday akan jumpa dengan JDG or Chae Rim d KLIA dengan meminta bantuan polis2 narkotik di KLIA if mereka ada dtg ke malaysia :)

bayangkan..lepas 7 tahun drama tuh pun still bole buat penonton tergila gila mcm saya
dan kawan2 lain
antaranya amy
selalunya drama korea yg sy rekomen pada kawan2 semua derang akan suka
jadi dari di uitm,da jadi org utk kwn2 refer before tgk drama korea

tapi kenangan tengok drama korea dengan nenek was Princess Lulu
sampai kul 5 pagi berjaga dengan nenek and mak mat tgk drama tuh
gila la
semua marah saya buat nenek berjaga
tapi mereka tak paham
nenek jiwanya muda sepertu cucu nya

dan citer Full House pun sampai skrang nenek masih ingat lagi

tapi bile tgk all about eve,dengan keadaan nenek yang terbaring and akan kene dingiringkan badan kanan dan kiri,nenek da tak berapa selesa and respon tak berapa baik mcm dulu

tapi ada juga buat satu kenangan menonton All About Eve dengan nenek
dan sambil2 menonton tuh harap2 kalau oneday ada anak,ada anak secomel Chae rim sebab saya mmg suka pada perempuan yang ada smiley eyes sebab akan membuatkan senyuman mereka jadi sgt sweet secara otomatik.

ok.review sikit yg best pasal AAE

...this drama become one of the highest ratings in 2000 and made stars out of new comers like Kim So Yeon and Chae Rim. It also made Jang Dong Gun very popular in Korea and beyond. I guess because his character, Hyong Chul was such a gentleman and perfect lover. So much so, that he reportedly said such characters do not exit. Hehe! No matter, the women loved it. (credit tiffany in kimchiland)

tak akan ada lelaki seperfect dalan AAE tuh ( kecuali Rasullah s.a.w)
jadi,berangan la saya sorang2 dan rakan-rakan yang lain

lelaki yang ada ni pun mintak2 kalau tak dapat jadi 100%,sikit2 berubah utk jadi lebih bersabar boleh?(off topik)

tuh je.

sekian.

o ya,arini kolam bali yang mak idam idamkan da selamat pasang. cadangnya ptg ni nak bawak nenek tgk ikan tapi memandangkan hari hujan,nenek da selamat tido dalam bilik. dan ptg2 ni baca2 blog kawan2,adik dayah da ke jepun.cepat masa berlalu. saya ni berangan angan nak ke jepun sebab drama tokyo cinderella story,siap amik kelas semua. tapi tak jejak jejak pun. tuhla fenomena drama sahaja. tapi sebab umur da dewasa, tak ada lagi angan2 pergi ke korea lepas tengok drama AAE. kene berpijak di bumi yang nyata. da berangan mcm2 ke korea ke jepun,tapi ntah bile nak sampai.

satu hari nanti. masa tu if ada rezeki akan bawa gamba nenek bersama-sama.insya allah.

Saturday, 6 March 2010

wheelcair baru


nenek dan mak om








nenek da dapat wheelchair baru last week


atas request nenek sendiri
jadi mcm biasa, mak om akan pergi cari n belikan.harga dalam 600+ tapi ada diskaun. beli di farmasi di PPUM.

saya mak dan bibik sungguh2 pegang nenek dan timbang berat and tinggi nenek.
tinggi 157 cm ( tinggi juga kan nenek saya)
tapi berat

30 KG (sahaja)

nenek saya da sgt kurus sekarang,kami semua dah risau. mak akan masak mcm2 untuk nenek makan dan mak om dan mak mat akan beli apa je yang nenek nak. tapi still nenek masih susut badan.

tapi nenek suka makanan yg ringan.cthnya mcm mister potato and pringles.
selalu b4 pergi kerja nenek akan kirim pringles je dari saya.
and kdg2 air twister oren.
nnek saya mmg mcam ni dari before sakit, taste nenek mmg maintain mcm org muda :)



dapat snap nenek tgh makan pringles. nenek suka yg original sahaja.

i say NO to KIMO

memandangkan faktor usia nenek yang 90 tahun dan juga nenek yang tak sekuat dulu. saya memang tak akan beri nenek untuk lakukan kimoterapi. saya da buat reseacrh sendiri tentang kimo ni dan doktor fahmi sendiri tak menggalakkan nenek untuk lakukan Kimo.
untuk org muda pun da sakit sgt, inikan nenek saya yang da 90 tahun.

jadi perlukan pil2 dan ubat2 lain untuk bantu nenek kuat dan terus survive melawan C ini. walaupun da stage 3, tapi saya percaya semua ni kuasa Allah. yang penting ada usaha, Allah akan janjikan ganjaran. saya cuma minta nenek terus sihat dan tak perlu lalui perkara2 yang menyakitkan di hospital lagi.




ubat2 nenek

pil sangobin =untuk tambah darah


pil metacobalt=vitamin untuk saraf




ni untuk kalsium.sgt manis,saya selalu habiskan bila nenek tak boleh habiskan.


multivitamin revicon. sebenarnya ada multivitamin yang lagi bagus tapi besar sgt,nenek susah nak telan.



vitamin B17 ini memang susah nak cari di mana-mana. sebutla di mana2 farmasi,mmg tak akan dapat cari. saya dapatkan ini pun dari budak fisoterapi dengan harga 125. dalam astro oasis rancangan bio halal pernah keluar tentang b17 ini tapi kene usaha sikit untuk dapatkan ini. alhmadulilah, dapat juga kesan. nenek minum ini selang sehari. recommend untuk pesakit C mcm nenek.



untuk minuman, recommend ENSURE.sgt bagus and rasa pun sedap. tapi untuk nenek,campurkan dengan Horlick. Myotein ni untuk tambah protein, ini pun kene tambah horlicks sebab ni rasa dia 'kureng'. akan beri nenek setiap pagi. kalau dulu masa baru keluar hospital,ni da jadi minuman Ruji nenek,tapi sekarang akan beri sirap dan EMX GOLD.



EMX GOLD . ni produk dari Jepun, harga rm250.sebesar botol mineral kecik tu,jadi mmg mahal.tapi bagus. mak minum pun da tak semput lagi.ini akan dicampurkan dengan sirap.setiap pagi b4 ke PD, wajib untuk kasi nenek minum ni.

bedsore nenek

alang alang hari minggu and ada pulak connection ke internet, saya upload semua gamba yang berkaitan.

ini pula bedsore nenek.
bedsore nenek ni betul2 di atas tulang tongkeng di punggung.
sebab tuh nenek kene tido mengiring sahaja.
tuh yang malam2 saya dan bibik gilir-gilir bangun untuk pusingkan nenek.
skrang masa tido da menjadi singkat, tapi masa bersama nenek telah dapat menjadi panjang walaupun puk 3-4 pagi..saya sgt2 hargai masa yang ada.








bedsore nenek ni berlaku kerana nenek terlantar 3 minggu di ICU lepas operation.
mula2 penuh darah and setiap kali buang air kecil,saya kena cuci.
masa tuh tak ada bibik lagi, memang pengalaman awal2 masa handle bedsore ni agak sukar.lebih2 lagi bile nenek buang air antara pukul 1 hingga 5 pagi.
masa tuh ingat lagi,saya kana cuci muka sampai betul2 segar and cuci tangan bersih2 baru akan stat cuci bedsore nenek ni.

tapi skrang alhamdulilah..even ada lubang tapi da recover dari dulu.
dulu lubang lagi besar dan berdarah semua di bekas kulit baru yang pink2 tuh
untuk sekarang, saya hanya buat dressing bedsore nenek 2 kali sehari.
pagi dan petang. sebelum dan selepas pulang kerja

tapi sejak da ajar bibik and bibik da mahir, saya dah bole percaya dia untuk buat dressing bedsore nenek tapi akan di monitor oleh mak jugak. selain saya mak dan bibik, mak om juga da mahir buat dressing bedsore nenek. adik saya masih sedang belajar lagi sebab dia di kuantan dan jarang balik rumah. kalau ada d rumah,saya pastikan dia belajar buat. sebagai persediaan kalau2 saya da tua nanti or ada ahli keluarga lain yang jadi mcm ni, smua org da mahir.

barang2 yang diperlukan adalah seperti berikut di bawah ini



peralatan dressing kene dipastikan bersih.Iodin better beli dari hospital sebab kdg2 di farmasi ada yang cair. gunakan juga jeli gamat untuk cepatkan recover eventho tak ada direcommend doktor, tapi cara orang kampung kdg2 membantu juge :)



Dermecyn dapat memberi oksigen untuk sel2 kulit baru dapat tumbuh lagi cepat. biarkan selama few seconds sebelum sumbat lubang bedsore dengan kapas/gause. Nivea Cream ni paling bagus untuk kulit orang tua compare dengan baby johnson. sejak nenek pakai Nivea,da tak ada kulit2 yang kering dan bersisik lagi.

stoma nenek dan hukum stoma pada org islam

arini baru dpt cable usb utk transfer gambak.adik bawak balik kuantan sebelum ni.gamba2 ni da lama nak amik tapi br dpt amik n upload terus arini.

stoma nenek adalah part of usus besar yang dikeluarkan dan nenek akan buang air besar melalui tuh. storma ni hanya utk temporary sahaja.Boleh buat minor operation untuk masukkan balik ( tapi not a good idea pun dengan keadaan nenek ) .
sgt2 bernasib baik nenek buang air besar melalui storma ni sebab memudahkan untuk kami buat dressing di bedsore nenek. bayangkan kalo nenek tak ada stoma dan buang di tempat biasa, akan membuatkan bedsore untuk lambat recover.

inilah STOMA nenek saya.
doktor cakap saya berjaya menjaga nenek dengan baik sebab sgt clean. :)
stoma ni kene cuci 2minggu sekali or bila bocor poketnya. tapi saya cuci seminggu sekali utk elak sebarang infection :)











IMODIUM = UNTUK ELAK FEACES DARI TERLALU CAIR SO BOLEH KURANGKAN SMELLY




STORMA NENEK YANG SELEPAS DILEKATKAN DENGAN POKET STORMA



KEPERLUAN UNTUK STOMA. ADA BASE,POKET AND KAYU POKET ( SERIUS SAYA TAK TAHU APA NAMA TERM2 NI, NANTILAH GOOGLE :), HANYA SEBUT NI SAHAJA.)
SEMUA BRAND CONVOTEC, SGT BAGUS. RECOMMEND PADA MEREKA2 YG ADA STOMA SEBAB BRAND NI PALING ESTABLISH.

BEDAK STORMA, RM 45.







KAYU STORMA. EVEN KAYU MCM NI TAPI SEBATANG RM 3.50 KE ATAS. SO KENE JIMAT2. DA PATAH BARU TUKAR.






POKET STORMA. KENE MATCH DENGAN SAIZ BASE STORMA. ADA COLOR COKLAT AND INVISIBLE. TAPI INVISIBLE HANYA SESUAI DI HOSPITAL DAN MASA JUMPA DOKTOR JE UNTUK DOKTOR CHECK.

BASE STORMA SIZA 45,NO REFERENCE SPT DI TEPI KOTAK.




saya baca satu artikel tentang hukum stoma pada org islam di web ini
http://www.abuanasmadani.com/?p=434

credit untuk owner dia

KAUNSELING STOMA DARI ASPEK AGAMA

Pada hari selasa 13 Oktober 2009 Jabatan Bedah Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) Kota Bharu telah menganjur kursus PENJAGAAN STOMA.

Abu Anas telah diberi tajuk KAUNSELING STOMA DARI ASPEK AGAMA kepada paramedik (kakitangan) yang terlibat dengan stoma juga pembedahan.

Stoma ialah: Penyakit yang menghalang keluar najis dari jalan asalnya kemudian doktor membuat jalan lain untuk mengeluarkan najis dengan menebuk lubang pada mana-mana bahagian badan yang sesuai pada pendapat doktor seperti diperut, leher dan lain-lain. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang stoma sila cari dalam internet.

Terima kasih kepada Akhi Dr. Zaidi dan Dr. Ahmad Shanwani pakar bedah di HRPZII yang telah memberi peluang kepada ana mengenali secara dekat STOMA ini dan berkongsi maklumat yang dibincangkan oleh para ulama’ tentang hukumnya.

Sewaktu menyediakan bahan maklumat yang akan disampaikan ana teringat kepada satu tajuk yang telah dibahaskan dalam tesis (Risalah) MA yang ana tahqiq, iaitu kitab “Al-Matlab Al-‘Aali” karangan Ibnu Ar-Rif’ah. Syeikh telah membawa teks kitab Al-Wasit karangan Imam al-Ghazali yang disyarahnya itu.

Imam al-Ghazali (yang meninggal dunia pada tahun 505H) telah membahaskan tajuk ini (stoma) dalam [Al-Wasit]:

فرع : لو انفتحت ثقبة تحت المعدة وانسد المسلك المعتاد، وخرجت منها النجاسة المعتادة انتقض الطهر؛ لأنه في معنى المنصوص.

ولو كان السبيل المعتاد منفتحا، أو كان السبيل منسداً، ولكن الثقبة فوق المعدة، فقولان. منشأهما التردد في أنه [هل هو] في معناه أم لا؟.

“Sekiranya ditebuk lubang di bawah usus besar ( bawah pusat), jalan asalnya tersumbat, keluar najis biasa melalui jalan yang ditebuk, maka batal wudhu’.

Sekirannya jalan biasa terbuka ataupun sudah tertutup, tetapi tebukan di atas maidah (pusat), ada dua pandangan ulama’ ”.
Pertama: Tidak batal wudhu’ kerana dikiaskan kepada muntah.

Kedua: Batal memandangkan benda yang keluar itu najis.



Berhubung dengan isu ini, ulama’ kita juga tidak ketinggalan membincangkan tentang isu stoma ini. Pada 6-8 September 2007, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke -79, telah membuat keputusan:

[Hukum Pelaksanaan Ibadah Bagi Pesakit Yang Menggunakan Beg Kolostomi]

i-Pesakit yang menggunakan beg kolostomi dikategorikan sebagai mereka yang mengalami masalah darurat dan tidak dianggap sebagai menanggung najis.

Oleh itu mereka tidak perlu mengosongkan atau membersihkan beg itu setiap kali berwudhu’ atau menunaikan solat.

ii- Wudhu’ yang diambil oleh pesakit harus digunakan untuk melaksanakan semua ibadat termasuk menunaikan solat fardu sehingga wudhu’ tersebut terbatal.

Hujah-Hujah:

i) Masalah Kolostomi berbeza dengan masalah sulus al-bawl (سلس البول) kerana kebersihannya lebih terjamin. Oleh itu dari sudut hukum, ia tidak boleh diqiaskan kepada mereka yang mengalami sulus al-bawl (kencing berterusan).

ii) Memandangkan pengeluaran najis bagi mereka yang mengelami masalah kolostomi tidak boleh dikawal, mereka dianggap berada dalam keadaan dharurat yang tidak terikat dengan taklif syara’ dalam beberapa aspek ibadah. Mereka juga tidak dianggap sebagai menanggung najis dan boleh melaksanakan semua ibadat.

iii) Pesakit-pesaki kolostomi dibolehkan mengambil sekali wudhu’ untuk semua ibadah yang hendak dilaksanakan sekiranya wudhu’ tersebut tidak terbatal. Tetapi sekiranya tiada kesukaran bagi mereka untuk memperbaharui wudhu’ ia adalah disunatkan.

iv) Dalam keadaan dharurat seperti masalah yang dihadapi oleh pesakit kolostomi, mereka tidak terikat dengan mana-mana mazhab. Kaedah terbaik setelah dipertimbangkan semua pandangan mazhab perlu diputuskan supaya tidak menyusahkan pesakit untuk melaksanakan ibadah.

[Sumber: Kertas kerja Yang dibentangkan oleh Ybhg. Dato’ Hj Wan Mohamad (Ketua Pengarah JAKIM) dalam Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-25. Musim Haji 1430 di Persada Johor. Pada 3-5 April 2009]

Akhirnya sama-samalah kita berdoa moga dilindungkan Allah SWT dari segala bala dan penyakit.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ

وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ.

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada lenyapnya nikmat yang telah Engkau kurniakan, daripada terjejasnya kesihatan yang Engkau kurniakan, daripada bencana yang tidak disangka-sangka dan daripada segala bentuk kemurkaan-Mu”.

www.abuanasmadani.com







.

doktor fahmi,doktor kepada nenek


http://home.hamidarshat.com/doktorfahmi.htm

ini adalah doktor yg berjaya lakukan oparetion pada nenek alhamdulilah dengan izin Allah.

dah 3 minggu tak ada appoinment dengan doktor, sebab nenek yang 'malas'
nenek mmg pandai nak ngelat dari tak jumpa doktor fahmi sebab takut bedsore nenek kene korek2 dengan dia katanya

doktor cakap agak lambat juga recovery bedsore nenek
faktor umo,nutrisi yg kurang sebab nenek yg kurang makan and faktor penyakit "C" tuh sendiri yg menyebabkan kadar imunsasi badan kurang.

bedsore nenek lubangnya da mcm syiling 10 sen tapi dalam masih kosong or doktor kata as undermine skin sebab bawah lubang tuh tak terisi lagi dengan daging2

tapi doktor kata saya (dan bibik) berjaya menjaga bedsore nenek dengan baik sebab sgt clean. tapi tuhla...sgt2 lambat utk fill lubang tuh.

tadi doktor potong lagi daging terlebih yang keluar dari bedsore nenek tuh,
nnek tak sakit pulak.
tapi malam ni da stat sakit2.
ini la part yg paling tak tahan sekali.
bila nenek menahan sakit bedsore n sendi2 lain.

nenek, plz b strong.
tapi nenek memang kuat sangat2.

alang2 teringat kisah doktor fahmi and nenek
oparetion nenek pada 29/8/2009
pukul 2.30 nenek masuk Operation
sepanjang tuh saya dan adik2 saya dan abah saya d surau pantai medical center buat solat hajat dan baca yasin ....
alhamdulilah
masa tuh bulan ramadahan
kami sekeluarga mmg berkampung di pantai medical centre sepanjang nenek di sana

lepas asar,tgk2 saya da period pulak,jadi ingatkan adik2 jgn stop mengaji dan solat hajat utk nenek.saya teman mak di tempat tunggu operation.tak silap d C1.

alhamdulilah, lebih kurang 5 minit sebelum azan magrib
doktor keluar
tahu tak detik detik tuh EXACTLY mcm dalam drama.
keluarga menunggu di luar berdebar and serbu doktor.
sama la mcam apa saya rasa.

doktor keluar je,saya terus serbu doktor dengan abah,adik2 and mak dan makcik cik ton.
terus tanya "mcm mana nenek saya?"betul2 ayat dalam drama kan?
tapi drama based on reality.saya percaya dah.

doktor jawab"alhmadulilah,nenek sgt stabil and ok."
alhamdulilah.sgt2 beryukur and saya sempat ke belakang sujud syukur.
tuhan je tahu saya rasa Tuhan tuh sgt2 menyangi saya sebab masih beri peluang untuk saya hidup dengan nenek saya.

lepas tuh doktor beritahu,
operation yg awalnya untuk buang sel "C" di usus da menjadi major operation.
sebab terpaksa buang apendix yang hampir pecah dan juga buang hempedu yg ada batu karang.

bayangkan.nenek saya usia 89 tahun tapi melalui oparetion yg sgt besar tuh?
alhamdulilah.

walaupun ada berlaku sedikit "kekalutan or masalah keluarga yang tak diingini" yang penting saya dan family and mak om ada bersama nenek dan doktor lihat kami menunggu dia hingga habis operation walaupun ada soalan dari doktor "mana anak2 yang lain?"
mereka ada doktor, tengah berbuka d luar. hmmm.jawapan yg sgt2 tak manis kan.
jadi kami semua kata mungkin di surau.
see?mak saya sgt menjaga nama baik abang2 yang lain even mereka selalu salah faham pada mak saya.

dan hari ni bila pergi ke hospital lagi,perasaan yang dialami dulu dulu tuh akan datang lagi and mcm satu wayang yang tertayang dengan sendirinya.

sampai malam ni ( even ada benda lain berbuka dalam hati)
tapi mmg tak boleh lupa apa yg berlaku bila nenek di hospital dulu...

nenek.
thank u sebab berjaya dalam operation dan terus melawan "C" hingga hari ni.
even nenek saya tak tahu sampai skrang dia ada sakit "C" itu...

thanks to dr fahmi.semoga Allah membalas jasa doktor.

p/s: next time akan ambik gamba doktor fahmi dan nenek berdua :)

Wednesday, 3 March 2010

ustaz cakap "nenek yang paling bagus!"



hari ni lepas bersama nenek mak dan cik minah menonton Roda Roda KL ( antara drama feveret nenek selain Gerak Khas, Sembilu dan Bella )

abah telah bawak kawan abah nama ustaz suhaimi dtg rumah
utk tgk2 nenek yang tak boleh tido malam
mak and mak om risau jugak kalau ada nek ada 'pemakai' apa2 ke
biasalah org dulu2 kan. ini hanya suspicious sahaja even saya yakin nenek 100% clear dari benda khurafat tuh memandangkan muka nenenk yg jernih dan menyejukkan hati.

tapi alhmadulilah
ustaz cakap
"nenek paling bagus"
dalam ramai2 org tua yang ustaz ni penah datang
ustaz cakap nenek saya hanya kerana faktor umo sahaja membuatkan nenek kurang sihat dan tak boleh tido malam. TIADA UNSUR-UNSUR LAIN.

ustaz cakap alhamdulilah, tiada gangguan 'lain-lain' atau kata lain bersih dari sebarang gangguan atau isu 'pemakai' apa2
kata ustaz lagi,nenek muka nya bersih,jenih dan sangat2 di Bless Allah swt kerana diberi GIFT yang sgt2 berharga.
sangat responsive dan ada memori yang kuat.alhamdulilah
syukur syukur syukur

ustaz cakap lagu 'ilmu' nenek yang bole kasi penawar kebahkan demam or ubat keteguran tuh adalah amalan biasa org dulu2 and semuanya tidak terpesong dengan apa2 akidah sebab semunya dimulakan bismilah dan tawakal pada Allah... sama mcm ustaz2 yang mengubat kita :)

saya sgt bangga dengan nenek saya
nenek saya mmg nenek yang dibanggakan

nenek, i m proud of U!
semua org setakat ni ( doktor,nurse,budak2 fisioterapi) bila jumpa nenek akan cakap nenek cantik dan putih dan muka bersih and jernih.and nenek akan senyum lebar yg sgt2 manis dilihat.cute kan nenek saya ni? saya sebagai cucu berasa sgt2 rasa bersyukur pada Allah sebab Allah berikan saya nenek yg comel begini :)

UsTaz cakap kami sekeluarga bertuah sekali kerana dapat mengumpul 'SAHAM' kerana menjaga nenek kerana ujian pada nenek ini termasuk sekali ujian pada anak2/cucu2 utk menjaga nenek dan sama2 mengejar pahala ALLAH.ini exactly sama mcm mak om kata. mak om selalu kata "rugi sgt kalau tak ambil peluang jaga nenek" and SAHAM ini saya creditkan pada mak om sekali :)

o ya,nenek da mula jalani fisioterapi di rumah sejak awal februari lepas.
3 kali seminggu
isnin rabu dan jumaat selama 1 jam plus
satu sesi RM95 yang mana sgt2 affordable!siyes murah!
sebab pernah call auntie anne utk datang check STORMA nenek betul ke tak cara saya cuci masa awal2 cuci storma nenek dulu and tau tak bepr cas dia? RM 150!
dari PJ ke Kajang rm150? melampua mahal, bole beli tiket air asia ke kelantan ni utk kenduri kawin Ima bulan 6. huhu

tapi alhamdulilah, Home Nursing Care ini sgt bagus.
ini link nya www.hicnursing-mobile.com. kalau tak dpt jugak,google sahaja
"fisioterapi ke rumah"
nanti ada kuar blog dia :)
service sgt bagus and fully recommend!thumbs up!

okla, kene tido dulu.
arini letih
sebab
1) bergado dengan 'orang melben yang ntah bile tahu nak balik malaysia' or lebih tepat lagi "org melben yang mcm tak nak balik malaysia jumpa saya agknya!" pilih antara dua tapi still sama equal to = org melben yang tak balik-balik. Sungguh saya nak bina kluarga sendiri, menjaga nenek dan dpt menjaga seorang suami pula dan memiliki anak2 sekaligus menjadi mummy yg bahagia...tp saya diuji ujian begini...semoga tuhan tunjukkan jalan utk sy pilih.

2) terpaksa minit IP yang sgt2 banyak sebab semalam kes abis lambat. arini John Fernandez MC tapi esok petang adalah hari kes JOHN SEmahkamah PD. huhu. confem balik lewat esok!

3) arini ada 2 kes melibatkan BUAH
curi pisang dan curi mangga ??? huhu.

tapi keletihan dan menjadi kegumbiraan yang meletihkan untuk senyum jeeee dari tadi sebab ustaz cakap nenek yang paling bagus antara semua orang tua2 yang pernah dia lawat. ALHAMDULILAH!

ok ok. sambung later.
o ya,arini da stat laporan harian online,mebe akan bolehla update blog hari2 ( haha, berangan la kalau sempat!)


salam alik

gambar pertama --- mak om masa cuti unpaid leave sebulan jaga nenek lepas nenek operation

gambar kedua --- mak bersama 'omaknya' yang sedang konvokesyen selepas berjaya dalam operation :)