perkara yang sgt saya risaukan adalah untuk melepaskan nenek begitu sahaja untuk dijaga oleh cik minah (yang langsung tidak boleh diharapakan! yang pemalas nak bangun malam2 dan yang tak tahu nak jaga nenek mcm mana yang saya harapkan)
nenek adalah manusia yang sgt disayangi saya
sekarang saya tahu berharganya saat-saat nenek masak kan makanan untuk saya tetapi saya jarang nak ucap terima kasih
sekarang saya tahu berharganya saat-saat nenek menunggu saya setiap hari balik dari UiTM untuk makan malam bersama yang slalunya saya akan biarkan nenek makan sorang2
sekarang saya tahu sangat berharganya saat-saat menemani nenek saya semasa menonton roda-roda Kl, sembilu kasih, janji diana yang selalunya saya akan main laptop
sekarang saya tahu berharganya ssat saya sakit dan demam yang mana nenek akan masuk ke bilik dengan tongkatnya dan bawa air dan ubat
sekarang baru saya tahu berharganya masa untuk saya bangun pagi dan tolong nenek buat sarapan untuk saya yang mana masa itu saya lena tidur lagi
sekarang baru saya faham perasaan yang sedang saya alami ini apabila setiap pagi nenek akan melambai lambai pada saya sambil berdiri di pintu gril setiap pagi saya nak ke Uitm dan saya ingat lagi waktu itu hati saya berkata " apa perasaan saya kalau teringat saat nenek melambai pada saya semula?"
INILAH PERASAAN DIA.
RASA CUCU YANG PENUH DENGAN KEKESALAN KERANA BANYAK MEMBIARKAN MASA-MASA YANG CUKUP INDAH DISIA-SIAKAN BEGITU SAHAJA
INI LAH PERASAAN DIA BILA LEBIH UTAMAKAN UNTUK SAVE GAMBAR SAYA DAN ARTIS2 BERBANDING GAMBA2 SAYA DAN NENEK SWAKTU NENEK SIHAT DAN NENEK SGT SPORTING UNTUK IKUT SAHAJA SEGALA POSING SAYA
INILAH PERASAANNYA
ramai sangat yang minta untuk saya update kembali blog
inilah update saya.
nenek masih ada bersama saya.
tetapi kenapa sejak kebelakangan ini melihat muka nenek...
saya rasa kan nenek seolah-olah semakin uzur...
Ya Tuhan, sungguh saya sayangkan nenek saya.
maafkan saya kerana pernah gagal dalam menghargai masa yang ada DULU