Saturday, 11 December 2010

magrib yang sayu


nenek makan kek lapis Tuan Awang




tajuk sgt drastik kan...
aha...
kalau hari tu pakcik saya yang beritahu...
baru tadi saya call dr fahmy

saya perasan ada 2 miscall dari doktor fahmy
so i call him back

"doc, fadzlin ni.ada apa ye?"

doc tanya kaba borak2 sikit n at last

"i found out cancer nenek u incurred balik in her abdomen"

maknanya:

cancer nenek masih ada dan 'tumbuh' semula di abdomen nenek.

"apa solution yang ada doc?"

"im not suggesting kimo since ur nenek is too old...d only way is TLC"

Tender
Love
Care

itulah TLC.

"apa stage cancer nenek, ada possibility we can so-called da stage 4?"

"we hv to do city scan"

saya berpendapat tidak perlula city scan dan sebagainya....

sekarang ni compare dengan dulu...

nenek semakin sakit2 badan

kakinya,tangannya, bed sore nya...

fisioterapi pun dah tidak membantu nenek lagi...

tak mengapalah...

mmg perkabaran yang sayu...

tapi tidak perlu untuk sedih gulana...

hadapi dengan tenang dan hargai peluang keemasan yang ada skrang...

nenek masih bersama saya.

saya masih bersama nenek.

masih makan,tgk tv dan tidor dan dimarahi nenek mcm selalu.

jadi tak mengapalah.

tidak ada apa apa yang perlu disedihkan sebenarnya...

syukur pada mu Ya Allah atas kesempatan dan masa yang ada ini.

nenek...i love u.

plz b strong.

Tuesday, 7 December 2010

kisah Mak Om

salam...

sejak update blog december,ada dpt byk komen2 utk update blog sebab nak tahu perkembangan nenek.
thank u sgt2 lebih2 lagi pd kak fizah, kak azmah, nana dan mebe ada nama2 lagi tak sebut. semuanya gang2 shahiratics yg cool :)

alhamdulilah
nenek sihat mcm biasa tapi keadaan C di dalam badannya hanya Allah sahaja yang tahu.
tapi nenek alhamdulilah...masih meminta Pizza utk makan setiap ptg.

mcm2 yg berlaku,
antaranya Mak Om telah masuk wad,operate dan 2 minggu d ICU
pakcik saya yg belum berkahwin ni makin hensem sejak keluar hospital.
gara2 lama sangat sakit di hosptal,berat mak om susut sgt dan akhirnya menjadi
seorang yang tampan (at least pada mata saya dan semua org yg kenal mak om termasuk nenek)

semasa mak om d ICU, apis setiap hari terpaksa tido di hall sebab nenek akan suro apis temankan mak om di hospital.
tetapi mcm biasa, jikalau d ICU tak perlu untuk tunggu sebab condition mak om stabil cuma perlu attenntion lebih utk monitor darah sahaja.
dan nenek pula dah lekat dalam kepala
"ICU adalah tempat wayar banyak2 dan utk pesakit2 serius"
jadi kami satu family berpakat tak beritahu nenek mak om d ICU dan mak om hanya admited di ward biasa sahaja

oleh sbb itu setiap malam nenek akan suro apis temankan mak om tido di 'wad'
dan apis pura2 pakai jeans utk ke wad dan berlakon bukak dan tutup pintu rumah n kemudian tanggal jeans dan terus tido di hall.kesian apis kan?

tapi alhamdulilalh semuanya da berakhir...
mak om da keluar hospital dan nenek makin ceria.
sebab dah lewat sgt,jadi saya hanya tinggalkan gamba2 sahaja ye.


mak om di kecemasan



mak om di wad..belum operate lagi ni..sempat gelak2 lagi



mak om dah d icu...sian sgt mak om



gamba nenek dan bed day..at last :)
nanti update kisah beli bed day nenek dgn naik rondo okay

Wednesday, 1 December 2010

december

dah lama tak jengah blog
pagi ni cepat2 update sbb rasa mcm perlu utk tulis

semalam ada berita halilintar
pakcik saya katakan C nenek telah sampai ke stage 4...
sgt halilintar
biarla ada kekacauan apa pun dtg,
ayat kesat apa pun ko nak tulis dlm comments,
when comes to nenek...
tak ada masalah sebesar hadapi kenyataan nenek makin lama makin krg sihat (sebenarnya)
tq nenek masih mampu senyum pd saya setiap hari

mak om masih d hospital
insya allah keluar arini
after one month di hospital

byk sgt berlaku tp nak update sikit

bed day nenek da beli last 2 weeks d ikea
yang color biru tu

gamba2 n full version update soon

ada kes,brb