dah lama tak mem'blog' ni.
dah lama sgt2 ni.
sempat tepek gamba je/
tapi sbb arini sgt BERMAKNA, jadi nak kene paksa diri jugak.
arini genap SETAHUN nenek operation.
tarikh yg sama tahun lepas, kalau jam 10 lebih ni sdg membentang toto di kerusi menunggu ICU dengan mak, abah dan cik ton. and mata merah2 menangis lagi selepas tgk nenek selesai operation.
memandangkan nenek TAK PERNAH SAKIT, melihat nenek yg penuh wayar di badan sgt2 menyedihkan dan mata nenek nampak putih je.
alhamdulilah..
selepas satu tahun kan?
saya tak pernah terpikir nenek masih ada begelak ketawa dan berleter pada saya lagi:)
alhamdulilah:)
baju raya nenek pun da beli
nenek request utk color purple
jadi kami satu family da beli baju raya color purple
and nenek nak langsir color Pink.
juga da dibeli.
kene hargai raya tahun ini sbb disambut insya allah pada hari jadi nenek yg ke 90.
dan puasa thn ni pun bermakna sebab nenek ada bersama2 di meja makan.
mmg saya tidak berbuka puasa di luar sbb menghabiskan masa sebaik mungkin dgn nenek sgt bermakna juge :)
semuanya bermakna dengan nenek
saya mmg dalam keadaan mood yg sgt2 tak menentu skrang
jadi mmg tak ada idea/hati nak menulis
tapi mengenangkan doctor fahmi pun da reply sms, jadi saya gagahkan diri juga.
tadi sms dr fahmy to say thanks sbb last year alhamdulilah met him n dpt berjaya dalam operation..dr fahmy pun wish semoga nenek dipanjangkan umo..amin amin...tq doc atas usaha operate nenek sy thn lalu..Allah saja mampu membalas jasa doktor
saya bengang..
bengang sbb " dia" da lupa nak balik malaysia,
dari nenek saya sihat memasak hingga masuk ICU and da raya sekali lagi..
dia tak nak balik2 msia lagi...
sungguhla habis usaha saya, bertahun2 sy menanti akhirnya tidak ada apa yg pasti lagi dlm hubungan ini..
habis da kesabaran saya... belum pernah merasa bersama dia ke majlis kawin kwn atau keluar weekend bersama2... tidak sekali pun sempat merasa..even SEKALI..sbb dia da fly tinggalkan saya... Sudah puas sedapkan hati yg sebaiknya dpt merasa smua tu bersama suami saya nanti... Tapi hubungan kami da tak ada yg pasti dan tak bole dibaiki lagi..hancur luluh angan2 saya...
Dan malangnya lagi saya tak ada berkawan dengan ramai org..
dan tak ada berkawan dgn kawan lelaki..sbb saya idup dengan family sahaja selama ni..
sabarla hati...terusla bergembira dan bercerita spt biasa
demi nenek.
sekian. P/s : selepas menjaga nenek, saya harap dpt dijaga dgn baik pula skurang2nya dijaga hati dan meletakkan diri sy di tempat yg sepatutnya...saya telah jaga nenek dgn baik, akan jaga kamu dengan baik malah mungkin menjaga kamu jauh lebih baik... skrang saya hanya perlu fikir jaga nenek sahaja dan moga2 ada yg lain bole menjaga saya pula..sungguh saya kecewa..takpela demi nenek air mata saya x akan jatuh pd tempat yg bukan sepatutnya.. Saya syg nenek. Hari ini Noktah.
Sunday, 29 August 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)